Oct 17, 2011

aku minta maaf


kepada kau,

maaf- suara aku terlalu kuat.
maaf- pitching aku tinggi sangat.
maaf- bila bercakap aku terlebih semangat.
maaf- bila semangat aku bantai berdebat.
maaf- kasar aku tak kira tempat.
maaf- marah aku kau rasa tak tepat.

maaf- aku sakitkan hati kau.

maaf- aku bukan perempuan yang cakap sopan.
maaf- aku bukan perempuan sweet, cute atau menyenangkan.
maaf- aku bukan perempuan cakap suara perlahan.
maaf- aku bukan perempuan yang keperempuanan.
maaf- aku bukan yang kau pinginkan.

maaf, aku guris hati kau.

maaf- kau rasa aku tak jaga hati kau.
maaf- kau rasa aku tak hormat kau.
maaf- kau rasa aku taksayang kau.
maaf- kau rasa aku melampau.

maaf- aku cakar hati kau.

maaf- aku bukan yang terbaik untuk kau.
maaf- aku memang takbaik untuk siapa siapa.
maaf- aku bukan ideal atau sempurna.

untuk kau;
yang aku dah sakitkan hatinya,
tolong maafkan aku.

untuk kau;
yang dah takmahu lagi keluar suara dengan aku,
ya, aku dah tahu aku salah.

untuk kau;
yang aku rindu rindu bila aku jauh,
tolong tolong maafkan aku.

aku bukan baik segala, untuk kau,
tapi sayang aku; itu betul.

dan maaf aku takmampu ucapkan ini- sebab aku manusia ego.

untuk kau;
maaf, aku bukan kakanda yang kau mahu.


Oct 12, 2011

biasa


kali ini, aku saksi depan mata, suatu biasa antara ramai yang tak me-rasa.
susah. ya, susah, perasaan susah, kesusahan.
susah yang aku lihat-kan pada seorang anak lelaki, baya baya seperti adikku sendiri.
susah yang aku pandang-kan pada ketidakcukupan ongkos si anak itu, buat dia beli-kan minuman manis yang di-minta tekaknya.
susah yang aku rasa-kan, di hati aku yang sakit, melihat dia yang tulus sekali peri nya.

betapa dia akhirnya hanya cukup dengan air mineral, sedangkan yang dimintajerit selera nya itu; minuman manis yang mahal 40 sen dari yang ada di genggam nya.

40 sen!
sungguh 0.40 ringgitmalaysia – yang celaka.

aku lihat, dari tapak aku tegak berdiri, dengan hati aku sakit, tercakar, terpedih.

aku tahu rasa itu, susah, kesusahan.
aku faham rasa itu, aku hidup antara rasa itu.

apa rakyat didahulukan?
apa kesejahteraaan kebajikan rakyat segala semua?
kau semua sama
celaka.

yang sini susah, takada yang pandang, takada yang mahu tahu.
yang sini susah, cerita yang masuk berita cuma bila mahu pilihanraya.

sana minyak naik 20 sen, ah tak mengapa.
sana gula naik 30sen, oh tak apa apa.
sana barang naik lagi lagi lagi, ehhhh tak apaaaaaa.

kau tak rasa susahnya, kau tak telankan, jangan kau berani ‘ah tak apa’ dengan aku!
anak sekecil dia, mahu minum manis pun tak mampu!

bukan aku takpahamkan apa itu hidup, memang susah itu nama tengah dia.
tapi susah yang ini - susah artifisial sebab kesialan nya pemerintahan - yang aku saksi pada anak kecil yang patut me-rasa senang dengan hidup; melampau!

celaka itu semua!
celaka borak lapuk kau di-parlimen buat bahas hal jelata – konon!

celaka!

bukan, ini bukan sembang politik, ini bunyi susah, yang kau bagi sekali dengan onemalaysia kau.

Sep 12, 2011

se-sekali

mustika- m, nasir


hendak saja aku teriak
jeritkan langit malam
tak berbintang
biar sampai bunyi sakit
pada hitam gelap
yang bisu


melilit lilit
mendaki naik
memintal hujung
tetap lepas
tak ber-sabit


adil itu bukan hidup
hidup itu bukan adil
jangan, usah!
sekali kau harap
pada sempurna
yang itu tak akan pernah ada


puitis-nya bahasa
bukan riak menunjuk jiwa
kadang ada rasa
cuma ingin di-utara


ya, yang itu rimanya cantik


sebab kita borak-kan
bahasa jiwa
bagi yang tahu me-rasa.



Sep 10, 2011

mencuba mem-potret rasa

byul- kim ah joong


sempurna itu apa?
lain orang lain biasnya
kalau putih kau katakan bersih
jadi hitam mesti kotor-jijik?


kau lihat dunia
tengok kaki pijak-kan apa
ya, kau kecil kerdil
tapi kau besar
pada jiwa


usah belit-kan kata
takut ada yang benci
nak tatap baca


ah, peduli
ini bicara aku
kau, mereka yang mahu
jadi biar


cuma-nya
jangan sampai kau lemas
pada dalamnya tinta
ini cuma rasa
yang kalau boleh mahu di-potret
pada kanvas atau dinding


tapi daya, yang takada.



Sep 8, 2011

a sudden kiss and an unexpected parting

wallflower- priscilla ahn


last night, i dreamed of you.
i guess, i miss you.


ingat lagi tak masa dulu?









masih ada benang sayang yang sambungkan kita, 
walau sekarang bukan dekat depan mata.


tolong, hidup baik baik, kesayangan.


when you feel the wind blows against your face, that's me saying; 'i miss you'.


p/s: tajuknya dipinjam dari salah satu episod 'honey and clover'. sekian.



Sep 7, 2011

pergi saja

i don’t love you- my chemical romance

aku bukan jenis manusia
yang berpegang sangat dengan manusia lainnya
jadi kalau kau nak pergi
sila
jangan toleh belakang konon teragak lagi
pergi saja

*ini untuk orang orang yang nak pergi dan meninggalkan; I bid you farewell.

Sep 5, 2011

it's magic, i think

mahou no kotoba- spitz

walau berapa banyak kali kau kata dekat diri sendiri
yang kau seorang pengalah
kau ini quitter

tetap akan ada fighter dalam sudut jauh hati kau
meronta nak lepaskan diri
sebab dia takmahu menyerah dan kalah

manusia itu satu ciptaan terbaik
takada tandingnya

walau berkali kali kali
kau lepas dan putuskan tali juang
tetap jugak kau gagah
di baris depan sekali
hadapkan ujian

hidup hentam kau dari semua sisi
kau lemah, sebab kau tahu kau memang tak kuat mana
kau hela nafas aja, dan biar hilang
lesap dalam putus asa

tapi
tetap jugak kau bangun lagi
lawan kan hidup yang kejam
sebab itu aja yang kau ada
HIDUP

macam mana kau boleh bangun, lagi lagi dan lagi?
it’s magic, i think.


ini post raya

dendang perantau- p. ramlee


selamat hari raya aidilfitri.
maaf zahir batin.
:)

anak pakcik Rahim says; Eid Mubarak, people!

harap maafkan segala salah silap lah ye.
kthanxbai.


p/s: we are one happy MANUTD family! jangan jealous! :P

Aug 23, 2011

kau itu raja egoisme

speechless- lady gaga


ya
ego tu letak atas kepala
baru kau jadi manusia bermaruah!

Aug 21, 2011

death = life

farewell- apocalyptica


dead fish, dead bird, dead plants
a pair of chopstick, a hungry man
to sustain life, we eat death
so much death living in the blood
giving life to flesh, skin and bones
that it would be impolite 
not to answer death call
when it comes.


a poem by Melur, a character in The Convert/ Muallaf. something to think about, aite? 
btw, check out for Apocalyptica and listen to Farewell, it's worth listening to, i tell ya.


sampai jumpa lagi.

my all-time favourite

bad day- daniel powter


kau tahu apa yang best?


ini;
aku punya all-time most favoured music video.




enjoyy! :)

Aug 17, 2011

untuk tahun yang dua puluh

count on me- bruno mars


untuk tahun yang dua puluh, rasa di-berkati ada mereka mereka ini dalam hidup aku.


14th august 2011, shabu shabu


birthday cake; mrs. sam! :)

i love you girlssss!

love love love

i wish to be with you guys till forever, please God.

with miss yaya :)

with miss rose sayangg :D

cepatlah rose, nak makan ni :P

pergi tesco dulu, konon nak beli barang, nak buy some time actually, pandai korangg.


mood jiwang- on
terima kasih, terima kasih, terima kasih.
ini saya takkan lupa sampai bila bila.
takada kata yang dapat ungkap betapa bersyukurnya saya 
ada awak awak dalam hidup saya ni.
terima kasih untuk kasih, sayang and bahagia yang awak awak bagi 
yang saya rasa hari hari setiap masa kita sama sama.


terima kasih; my very own, special, awesome gifts from God! :')


*and yea, it was mrs. sam as in shaheizy sam, ehehehe. 

Aug 13, 2011

hujan

hujan- adibah nor (ost mukhsin)

hujan turun lagi.
hujan, turun bawak rahmat.
nikmat, ya aku rasa nikmat.

kelakar?
macam kelakar.
bila nikmat tu kita rasa masa masa yang plain, simple macam ni.
kan nikmat tu ada, kalau kita cari.

aku rasa blessed,
dapat kira rintik hujan kat luar rumah,
dalam pada aku titip perkataan pada kertas virtual ni.

aku rasa blessed,
dapat cium lagi bau tar,
yang hujan bawak,
resap terus dalam paru paru.

aku rasa blessed,
dapat peluk lagi masa macam ni,
yang aku rasa tenang, rasa di-berkati.

ya, Dia bagi nikmat.

Terima kasih, Tuhan.

*dan selamat untuk tahun yang ke dua puluh.


Aug 12, 2011

ju teemu

je t'aime- spitz

kau tahu aku suka apa?

ini.




aku suka ini.
honey and clover.
semuanya pasal ini aku suka.


aku suka kisah dia.
aku suka lagu dia.
aku suka je t'aime.
aku suka spitz.


aku suka semuanya, pasal ini.


nah, untuk kau orang.
english translation untuk je t'aime tu.
sila baca sambil dengar ye;


So that you can be enveloped in happy warmth
you pile up mistake after mistake.
I love you? That's foolish.

You say you don't particularly care but
you can't find the proper words to say.
I love you... That's about where we are.

Your being here is a wonderful thing.
Everything makes it sweeter.

Like being tempted by the smell of curry
a living thing runs out into the twilight.
I love you! From here on also...

Your being here will not do.
Today again I am tired from worrying.

Your being here is a wonderful thing.
Everything makes it sweeter.

Your being here will not do.
Today again I am tired from worrying.

beauty, aite?
:)


* oh, je t'aime tu bagi makna 'i love you'. so yea, it's french.

Aug 11, 2011

rata yang grafit

before the dawn- evanescence


itu kau
yang meleper di atas rata
mencuba nak batas masa
mencuba nak gapai semesta

termangu tiga saat
kosong
kau bangkit lagi
walau yang kau goncang cuma angin

sampai bila?

selagi ada udara
selagi ada cahaya
selagi ada masa

kau leper lagi
di atas rata
yang grafit.


Aug 10, 2011

R.I.P

same mistake- james blunt


i’m dead even before I enter the door
i’m doomed even before I step foot on the floor
i’m finished, and I knew it

i talked gibberish
and I spoke of foolishness

tripping into the dark
my heart went ‘thump thump thump’
the blackest night
whispering words of reassurance

rest in pieces
rest in peace

because it is over
fin


Aug 8, 2011

biru langit

take my heart- soko

bila hari cerah
matahari pancar sinar, senyum

pernah kau dongak
atas
dan tengok langit
yang takada tompok putih bersepah

itu biru
yang paling aku suka

biru langit
*senyum

p/s:
kepada pembaca (kalau ada)
tuan-punya blog dengan rendah hatinya meminta maaf atas entri merapu dan ketermelampauan emosi nya (the previous entry, please note).
I was in a state of drunken ness, please excuse me.
thank you.

Aug 2, 2011

a criminal

dan kalau aku marah, aku diam.


jadi jangan tanya aku soalan yang memang selalu selalu aku ditanya tu:
'tika, marah ke?'


kalau dalam keadaan sekarang, aku yang ada niat nak join mercy malaysia pun boleh usung machine-gun selamba je aim dekat pipi cantik kau.
*ini hiperbola, please take note


dan untuk pengetahuan kau yang memang cetek kedalaman when it comes to sensitivity tu:
BUKAN SEMUA ORANG ANDROID TAK BERPERASAAN MACAM KAU.
sila lah faham kewujudan hakikat ni,


memang lah ini dugaan ramadhan namanya.
nampaknya kali ini, aku kena uji, sabar aku tahap mana.
we'll see then, tolong Tuhan, guide me through this.


dan lagi sekali, kalau aku marah, aku diam.


tolong pergi tinggal je aku seorang.
kalau jodoh kita panjang, selang seminit lepastu, 
aku boleh pandang kau takada satu kuman dendam dalam salur darah jantung aku ni.


being jiwang is not a crime.
being emo, on the other hand, makes you a criminal.


i'm a criminal then. 

Aug 1, 2011

satu kali lagi

terima kasih Tuhan- mawaddah


satu kali lagi
alhamdulillah
dapat hela lagi angin ramadhan


satu kali lagi
alhamdulilah
dapat rasa lagi berkat ramadhan


satu kali lagi 
alhamdulillah
dapat jumpa lagi cobaan ramadhan


biar Tuhan
satu kali lagi ni
jadi ber-kali kali
untuk masa depan depan


mintak dapat jumpa ramadhan
lagi lagi dan lagi


tolong Tuhan
biar saya jadi satu manusia
yang lebih baik
dari waktu belakang belakang


tolong Tuhan.

Jul 30, 2011

i wish

lullaby- priscilla ahn


i wanted to fly
so unfortunate
i'm a one-winged man
...



Jul 29, 2011

dream

dream- priscilla ahn

I was a little girl alone 
in my little world 
who dreamed of a little home for me. 

I played pretend between the trees, 
and fed my houseguests bark and leaves, 
and laughed in my pretty bed of green. 

I had a dream 
That I could fly from the highest swing. 
I had a dream. 

Long walks in the dark 
through woods grown behind the park,
I asked God who I'm supposed to be. 

The stars smiled down on me, 
God answered in silent reverie.
I said a prayer and fell asleep. 

I had a dream 
That I could fly from the highest tree. 
I had a dream. 

Now I'm old and feeling grey.
I don't know what's left to say 
about this life I'm willing to leave. 

I lived it full and I lived it well, 
there's many tales I've lived to tell. 
I'm ready now, I'm ready now, I'm ready now
to fly from the highest wing. 

I had a dream

*a sweet-interesting song. woke up this morning with the lyrics in my head. good job Priscilla Ahn! 

Jul 24, 2011

dear you

i want to hold your hand- the beatles

I am a loner       
For being such a weirdo
I’m worried that I’ll never have a go

But you give me the look
The smile on your face so bright
That I’m no longer terrified
My sky is now blue and white

If it is not love that I’m seeing in your eyes
I would say my heart is telling lies
Because it keeps me smiling foolishly
Each and every time
You appear in front of me

I wanted my life to change
And so I tried to find the ways
But if I just leave it as it is
My simple life itself, is a pure bliss

For you are here
Giving me love and care
Now and forever after

*written specially for you; my very own, special, awesome gifts from God!

sekepal tinta dari puduraya

unintended- muse

maka berkejarlah kamu melakukan pekerjaan yang baik.

so when you have finished (doing a good deed) resume your toil (doing other good deeds). [94:7]

kadang kita merungut.
selalu kita  mengamuk-merampus.
penat, penat, penattt hidup!

apa yang aku dapat susah belajar ni pun?
apa yang aku dapat perit cari duit ni pun?
apa yang aku dapat sakit hadapkan hidup ni pun?

with every hardship there is ease. [94:6]

manusia selalu berlagak dungu, dumb, numb.
konon tak ngerti apa yang dia dah hadam.
satu satu dalam kepala.

hidup dekat sini, bukan yang pasti.
hela nafas dekat sini, bila bila boleh terhenti.
yang confirm, cuma dekat yang sana.
bila sini dah kau tinggal, hanya sana ada jalan.
maka yang dekat sini, cari bekal saja.
masa yang ada pun, bukan lama.
jangan leka, jangan alpa.
yang pasti itu, janji Dia.

*sebagai ingatan picisan untuk mengingatkan diri yang selalu hilang ingatan. May He bless.