Apr 29, 2011

rindu yang bittersweet

home- michael buble

ini cerita tentang si ayah. ini cerita tentang si anak perempuan. ini cerita tentang si ayah dan si anak perempuan  yang di antara mereka ada sayang dan kasih. ini cerita tentang si ayah dan si anak perempuan yang di antara mereka ada rindu; yang kadang kadang rasanya pahit, dan kadang kadang pula rasanya manis. ya, ini cerita perihal rindu; yang bittersweet.

si ayah yang selalu saja sedia bersusah untuk si anak perempuan. si ayah yang selalu saja bersesak fikiran dengan perihal si anak perempuan. si ayah yang selalu saja menunggu, sampai hari nya si anak perempuan akan akhirnya pulang, bersama dia di teratak mereka.  si ayah yang selalu bertelefon bertanyakan perihal hari hari si anak perempuan tatkala mereka lagi berjauhan. si ayah yang sudah pandai menaip mesej di telefon bimbit bila panggilannya tidak dapat disambut si anak perempuan; bertanyakan ‘tidur ke? ayah call tak dapat, ayah tengok bola ni, manunited lawan fulham’. ahh, pasti dia rindu barangkali, ingin menonton bola bertemankan si anak perempuannya itu. si ayah yang kini sudah semakin handal menaip mesej lalu ber-sms lagi dengan si anak perempuan; ‘ayah ni. tak pulang ke cuti 4 hari minggu ni?’. si ayah yang selalu percayakan si anak perempuan. si ayah yang selalu yakin dengan si anak perempuan, terlalu. si ayah yang tatkala si anak perempuan menangis mengkhabarkan perihal keputusan peperiksaan, dengan tenang berkata; ‘tak apa, nanti boleh cuba lagi, result ni pun okay je, tak apa’. si ayah yang selalu saja kuat, berlawan dengan hidup yang berat. si ayah yang selalu berkata kepada si anak perempuan, ‘hidup ni memang lah susah nak, tapi nak buat macam mana, selagi ada hidup, hadapkan jugak’. si ayah yang selalu saja memanjakan si anak perempuan. si ayah yang selalu saja menjaga si anak perempuan. si ayah yang selalu beralah dengan si anak perempuan; ‘ni ha remote, tengoklah tv tu’. si ayah yang baik. si ayah yang penyayang. si ayah yang merindu si anak perempuan. si ayah yang dirindui si anak perempuan, terlalu.

si anak perempuan yang hatinya selalu saja pada si ayah. si anak perempuan yang terlalu ingin menggembirakan hati si ayah. si anak perempuan yang setiap apa yang dihadapkan pada hari ini adalah untuk si ayah. si anak perempuan yang bercita cita menghadiahkan BMW pada si ayah nanti bila dia sudah berjaya. si anak perempuan yang ingin menjadi seorang professional supaya nanti si ayah akan berasa bangga. si anak perempuan yang selalu ingin mengukir senyum di wajah si ayah. si anak perempuan yang takkan pernah mahu menyinggung perasaan si ayah. si anak perempuan yang sangat sayang kan si ayah, sangat sangat. si anak perempuan yang dalam hati memanjat doa pada Tuhan, supaya mati kan dia dulu sebelum si ayah, sebab dia tak sanggup hidup tanpa kesayangan nya itu. si anak perempuan yang airmata nya jatuh tatkala dia tak dapat pulang, untuk bersama si ayah. si anak perempuan yang airmata nya jatuh lagi, berderai, tatkala membaca mesej si ayah; ‘kalau takdapat balik tak apa lah, ayah tanya aja’. si anak perempuan yang terlalu ingin menyalami tangan si ayah lagi. si anak perempuan yang terlalu rindu mengucup pipi si ayah, yang nanti akan malu malu. si anak perempuan yang ingin memegang erat lagi tangan si ayah, tatkala mereka melewati pasar malam. si anak perempuan yang lagi rindu, menonton bola dengan si ayah. si anak perempuan yang rela dihadapkan kesusahan apa sekalipun, kalau itu untuk membahagiakan si ayah. si anak perempuan yang hatinya sangat, terlalu, rindukan si ayah.

kalau nanti mereka dapat bersama lagi, ada rindu yang terubat. kalau nanti mereka dapat bertatapan lagi, rindu yang sekarang rasanya pahit, akan menjadi manis. kalau nanti mereka dapat berpegangan tangan lagi, kasih dan sayang semakin kuat antara mereka.

cepatlah hari itu tiba, bila pahit akan menjadi manis.

ayah; ika rindu, sangat sangat! :’)

Apr 21, 2011

say; Alhamdulillah!

Alhamdulillah- Too Phat, Yassin, Ahli Fiqir, Dian Sastro

Disaat waktu berhenti... kosong
Dimensi membutakan mata, memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tidak lagi digunakan untuk menerka
Sadarku akan hadirmu, mematahkan sendi sendi yang biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Merenungi luar jendela,
Mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna, aset nilai berjuta,
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua.
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus,
Ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar,
Kerna semua yang kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba,
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak lupa diri bila gembira,
Dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan pengaruh kuasa dan perempuan
Oh, Sentiasa legar diminda,
Dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi
Dan apa guna posesi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi,
Nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan, menjiwai peranan
Menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,
Moga tidak leka dalam perjalanan ini

Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
Laihi ya ruhi yara ya laihi
Laihi ya yaruhi ya yara yalaihi...

Aku yang memandang di dalam lubuk hati,
Mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat, alam meliputi
Wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki, aku mengerti segala yang terjadi, di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar, qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini,
Aku yang bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,
Semoga segala puji tak ku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi,
Moga dapatku hadang tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan,
Cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7, 8, 6 Alhamdulillah Syukur!

Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Sujudku pun takkan memuaskan inginku
Tuk hanturkan sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama, harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Hello readers! (kalau ada) assalammualaikum! :)

sejak kebelakangan ni, momentum macam decreasing in a constant rate. asyik merungut mengeluh mengamuk merampus, hentak hentak kaki, kusai kusai rambut, penat dengan hidup! *konon! apa je pun yang kau buat susah sangat hidup kau, sehengal!* biasalah manusia, apa yang dia ada sedap sedap tu taknak bersyukur kan, yang diuji sikit tu lah nak dok bising bising tak puas hati. *eh, macam kenal je ‘manusia’ ni, hmm, eh aku lah! :P* lalu, bila tersedar, jum kita muhasabah (bukan munasarawak! *lame*) diri, heh.  

oleh itu, baca, hayati and hadam lirik kat atas tu sat. . . dah? bagus nyaa budak ni! :)

aku ni memang manusia yang selalu, sering dan asyik merungut. aku tahu tu, aku sedar, memang tak senonoh punya perangai. aku post entri ni just nak berkongsi kat siapa siapa yang baik gilaa nak singgah baca. bukan nak kata aku baik, aku memang tak baik, tak baik, tak baik, boleh lah kot, baik lah sikit, kottt (ahhh sudah tu!) haha. kalau kau baca lirik kat atas tu (like a good girl/boy would do, aha!) kau faham sendiri lah ye apa aku nak try kongsi melalui lirik tu, heh. sebarang pertanyaan kalau tak faham, sila simpan sendiri sebab katsini takada kaunter pertanyaan *ehem!* okay, cakap pasal lirik lagu ALHAMDULILLAH ni, aku sukaa kott! nice gilaaa! kau tak rasa? pandai kot orang yang compose ni, memang aku salute! and aku sangat sangat sangat sukaa part yang Dian punya puisi tu, bestest! tambah tambah tyme dia deliver puisi tu dengan loghat Indonesia dia tu, huish, makan dalam kott, heh. mesej sampai kot, itu yang penting. terbaik! konklusinya, bila kau rasa downmoodysehengalpenatgilaaaadahtaklarat tu, ce dengar lagu ni, sing along gak (dengan suara kau yang tak sedap tu. aku? eh suara aku kalah ct nurhaliza kott! :P), nanti mungkin akan rasa baik sikit, insyaAllah, heh. it works for me, yayy! :)

kalau lagu cambest ni tak gak berjaya buat kau rasa better (degil gilaa!), ce selak Holy Book sat, g kat Chapter 93 and Chapter 94, soothing verses from HIM especially for us! tak caye? tengok lah sendiri.

baca, hayati and hadam sat. . . dah? bagus nyaa! anak siapa lah ni, berkenan makcik lahh! *wink*

haha, maaflah mood pelik sikit hari ni tulis entri pun macam merepek je, jadi sampai sini je lah aku tulis (ke taip?), karang panjang berkajang pulak jadinya. sampai jumpa lagi, may peace be upon you! (ahh, dah terikut ngan pakcik anwarhadi! <- - check him out on youtube, janji tak rugi punyaa! :D)

p/s: ingat apa aku tulis awal awal tadi, dah warning siap siap aku post entri ni bukan nak tunjuk-bajet-perasan baik sangat lah pun, sebab aku tak baik. just nak kongsi, tak salah rasa nya kan? (buat muka comel ala ala Puss in Boots, ahaa!)

so, kamon people, say; Alhamdulillah! kthnxbai! :)

Apr 15, 2011

LIVE to EAT

what the hell - avril lavigne

greetings! hello readers (kalau ada), assalammualaikum! :)

korang suka makan tak? aku sukaa sangat makan! nyum nyum! :P

sekarang aku kat lab sebenarnya, simulation lab, buat project engineering graphics, aku dah makan dah, terima kasih, tapi aku nak cerita pasal betapa aku sukaa makan, haha. bila aku boring-bosan-taktahu nak buat and fikir apa, aku akan fikir pasal makan dan makanan. contoh terdekat, pagi tadi tyme menghadap komputer buat description untuk manufacturing process of vinyl chloride monomer dengan farah nabilah comel (tapi dah berpunya *wink!*), aku dah sebut kat dia 3 nama makanan yang aku rasa nak makan, haha! yang keluar kat mulut 3 je lahh, dalam kepala aku dah fikir banyakkk lagi! jadi hari ni aku nak buat list makanan yang aku rasa aku nak lahap, kalau tak sekarang pun, tadi tyme aku lapar lahh, atau pun esok esok tyme aku lapar lagi, heh.

so, here goes~
  •  mak punya nasi briyani ayam goreng sambal udang (waa! nakkk!)
  •  kek lapis sarawak
  •  kuih pau
  •  puding karamel
  •  biskut lemak hup seng + milo
  •  Portuguese egg tart
  •   mihun singapore
  •   nasi putih + sambal daging tumbuk + kailan ikan masin + bergedil (waaaa!)
  •   blueberry cheese tart
  •  biskut weetameal + mayonaise tuna + air teh (nak sekarang!)
  •   roti telur kedai Pakcik Bujang
  •    Uncle Bob (minggu ni tak makan pun, huuu)
  •    Penang char kuey tiow
  •    V5 kafe punya goldon blew + rice + fries
  •   cucur udang mak masak (*craving*)

dah lah tu kot, banyak sangat pulak aku nak makan, tak senonoh anak dara Pakcik Rahim ni. (alahh, tapi ayah still paling sayang ika kan, hehe. :P) aku tahu aku gemuk, bla, bla, bla, apa semua, tapi aku nak makan jugak. kita hidup sekali je, takkan nak lepas kan peluang ni. dah tua nanti belum tentu dapat makan apa kita nak kan? jadi selagi boleh makan ni, makan lahh. rezeki tuuu! haha. aku memang pandai makan. masak? no comment (-__-). kalau aku ada kat rumah, mak akan tanya aku nak masak apa, aku lah tukang fikir menu, sebab aku memang selalu ada je yang aku nak makan, he. aku siap pernah cakap lagi kat adik aku, "makan is my passion", ahahah! :P
sampai ketemu lagi, readers, may peace be upon you!

-aku nak kena sambung buat project ni. T-T

Apr 11, 2011

.:poetic:.

ke kiri ku buntu
ke hutan ku hilang
ke timur ku kosong

aku terus bosan dan tertekan
seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku
dalam ke dasar kerak bumi yang belum diterokai

warnaku rindu
jiwaku biru
menunggu cintaku umpama si buta yang melihat syurga
umpama lampu yang berbunyi hitam
lalu menunggu aku terus

kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari
dibebankan dengan bunyi rintisan hujan
seperti mahu saja aku mengejar
gunung yang besarnya tidak terdakap
seperti itu jugalah rindu aku pada…

kini harus aku terus menunggu
atau hilang saja di lautan luas

James Morrison- You Make It Real

hari ni aku rasa kinda poetic, ala ala kalau cakap tu nak bahasa bunga-puisi je. sebenarnya aku ada banyak nak tulis, banyak sangat sampai aku taktahu mana satu aku nak tinta kan kat belog ni. aku takdapat nak decide, jadi aku rasa maybe lain kali je aku cerita. instead, aku taip puisi kat atas tu. haaa, cakap awal awal ni, bukan aku yang karang dia; puisi tu. Dia dari filem ‘selamat pagi cinta’, tak kiralah orang tahu ke tak filem ni. puisi ni part yang que haidar cakap kat sharifah amani, aku lupa nama watak dorang. tyme aku tengok scene puisi ni, aku rasa mereka sangat sweet, scene tu adalah sangat sangat sangat sweet. rasa sayang atau senang cakap, cinta, tu dapat di-captured dalam moment yang sangat sweet. aku dapat rasa, taktahu lah orang lain. dan bagi aku puisi ni sangat best. puisi kontemporari yang best. simple to read, yet mesej sampai, ada rasa dan emosi. aku suka. aku harap aku dapat coret puisi yang macam ni. aku ada jugak tulis puisi (kalau boleh-layak dipanggil puisi lah kan), tapi aku takada confidence lagi nak bagi orang baca, nak post kat belog ni. nantilah bila aku dah dewasa sikit, aku letak katsini, maybe, he. hmm, dah lah tu kott mengarut, aku kena study sebenarnya, minggu ni aku ada dua test, plus final dah nak dekat. aduhh, tapi aku ni memang manusia yang agak malas (agak?). teringat pulak adik aku used to call me ‘super pamalass in the world’ dengan ‘nobita’ (note the word ‘used to’; past tense :p). aaa, nanti kalau aku malas malas nak study, aku tulis lagi kayy. till then, may peace be upon you, dear readers! (kalau ada -___-).

*eh jap, ini something yang aku ter-karang while thinking of my daddy-kekasih hati sekejap tadi;

kerana hati berbunyi rindu, kerana aku ingin terbang ke sisimu; selalu.

~ayah, ika rindu! :’)

Apr 4, 2011

::artfreak!::

aku rasa nak lukis. aku rasa nak tulis. aku rasa nak nyanyi.

omaigottttt! i am really into art, right now!

aku rindu leceh watercolour. aku rindu sememeh crayon. aku rindu nak asah colour pencils.

aku teringin nak draw and paint macam hanamoto hagumi dalam honey and clover. aku teringin nak amek crayon and lukis bunga kat dinding macam eun-chan dalam coffee prince. aku teringin nak tulis poem macam pakcik shakespeare. aku teringin nak compose lagu macam taylor swift. aku teringin nak main instrument and nyanyi macam scavia. aku teringin nak main piano macam nodame, and gesek biola, and petik gitar.

ni aku masa sekarang, huu.

teringin gilaaa nak buat menda menda seni ni. bilalah dapat buat agaknya?
 *wondering~