May 28, 2011

suatu masa

suatu masa- m. nasir

bagaimanakan ku mula
dan apakah kata-kata
yang indah untuk diabadikan
tiap wajah berkisah
tiap madah bererti
manakah ilhamku

cahaya di matamu
senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
mungkinkah kau jua dalam kerinduan
di saat begini aku merindukah

berhelai-helai surat
terbiar di depanku
tak dapat aku utuskan
ku ramas semua
dan ku buangkan
jauh dari pandangan

lalu aku kesal
ku kumpul semula
tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
jika engkau tahu di dalam hatiku
mungkinkah kau sahut jeritan batinku

dengarkanlah panggilanku
dengarkanlah lagu untukmu
angin lalu kau sampaikan
rasa rindu yang membara
kepadanya

warna-warna cintaku
kian pudar bersama
malam yang gelap gelita
entahkan kau rasakan
apa yang aku rasa
atau kau tak endah

tapi ku percaya
semua telah tertulis
dan niat suciku takkan disiakan
dan di suatu masa
di hari yang indah
ku hulur tanganku
lalu kau terima

one of my favourite songs of all time.

heh, aku ni jiwang jugak rupanya. kalau kau dengar lagu ni and hadam lirik dia, kau akan tahu lagu ini sangat bagus dan puitis. aku suka. sebenarnya ada satu puisi yang aku tulis dengan berinspirasikan lagu ni. nantilah aku post kat belog ni kayy. :) aku senyum!

May 24, 2011

muak

never say never- the fray

kau tahu apa rasanya bila kau dah muak dengan satu satu perkara/benda/orang yang kau dah tak larat tapi kau kena hadapkan jugak?

buat kau rasa menyampah-meluat-gila-nak-termuntah-menangis-takada-apa-hal-tiba-tiba macam tu je? yang buat kau rasa sick? rasa sick yang sangat sangat?

make me feel shitty.   
                                                                                                                                                                  
kenapa kita suka buat sesuatu yang kita akan menyesal, nanti?
kenapa kita suka cakap sesuatu yang kita akan menyesal, nanti nanti?
kenapa kita suka get involved dalam sesuatu yang kita akan menyesal, masa nanti nanti?

kenapa kita nak buat semuanya tu, bila nanti kita akan menyesal??

aku tak akan pernah dapat faham kenapa kita buat macamtu. aku tak akan pernah hadam kenapa aku buat macamtu, jugak.

aku cuba cari sebab kenapa nya, dan aku tak dapat. jadi aku cuba cari alasan, sekadar untuk sedapkan hati aku sendiri, yang kenapa kita, aku, buat macam tu; menyesal  lepas buat sesuatu.

aku dapat satu alasan yang macam-baik-punya; kita semua ni manusia, dan manusia ada hati, bila hati suruh, dia buat.

ya, aku salahkan hati aku. kenapa dia pandai pandai nak suruh aku buat apa benda semua yang nanti aku menyesal? aku pun taktahu. aku taktahu, sungguh sungguh taktahu.

sudahlah.

kepala aku tengah senget sekarang, please excuse my ridiculous ranting ni.

tipikal dunia, tipikal manusia

ignorance- paramore

kau tahu, kalau kau macam-baik-peramah-gila-senyum-je-kerjanya, tapi dalam hati kau sebenarnya taklah-baik-sangat-sampai-je-hati-ada-motif-tersendiri, orang akan tetap suka kau. jangan risau. orang akan cherish and value kau.

tapi kalau kau macam-garang-ketat-senyum-pun-tak-selalu, tapi dalam hati kau taklah-jahat-sangat-taknak-kacau-orang-cari-pasal sebenarnya, orang tetap tak suka kau. orang tetap repel kau. orang tetap tak nak nampak kau.

tipikal dunia, tipikal manusia.

orang akan judge kau, for what they think you are. tanpa peduli pun nak kenal siapa kau yang sebenarnya. ‘don’t judge a book by it’s cover’ tu dah takboleh pakai zaman sekarang ni.

tipikal dunia, tipikal manusia.

still, you cannot blame people for being judgmental. being judgmental tu is a way of life. semua orang pun buat.

satu benda yang kau boleh buat, ialah jadi diri kau. itu sahaja, senang. because the people who mind don’t matter, and the people who matter don’t mind.

enough said.

May 23, 2011

aku punya kesayangan

kuroneko no tango


ini aku punya kesayangan.


nama dia siti koes endang. siti for short. :)
aku bukan seorang cat-lover, nor am i an animal-lover. aku takut sikit kat kucing sebab dia suka datang tiba tiba kat kaki orang and buat aku terkejut kalau dia buat macam tu. and kuku kucing tajam and rasa sakit kalau kena tangan. and kucing suka lompat lompat and gigit gigit tangan orang. plus bulu kucing asik gugur je and buat sepah kat baju aku. 


tapi aku sangat suka kat siti. aku sayang dia. and aku takpernah rasa macam ni kat kucing lain. siti ni baik, buat keje dia je. bila aku datang tapi, kalau dia tengah tidur pun, dia akan bangun and datang gesel gesel kat aku. kyaaaaa! aku sangat suka dia! and siti ni sangat independent, dia strong je hidup sorang sorang walaupun dia kecik. aku nak jadi macam dia. strong and independent.


aku takpandai dukung kucing, sebab aku takut sikit kan, ehem! tapi sikit je lah, heh. tapi sekarang aku dah pandai dukung siti, sebab aku jeles tengok kawan kawan aku dapat dukung-peluk dia, jadi aku pun beranikan diri. jadi sekarang, aku dah pandai dukung kucing and dah kurang takut kat kucing, kalau kucing tu baik macam siti lah kan, hehe.


tadi siti panjat atas bumbung, lepastu aku tengok dia macam taktahu nak turun. kawan aku cakap dia kucing, nanti pandai lah dia turun. aku risau lah kan, tapi aku memang taktahu sangat pasal kucing, kawan kawan aku tu ada bela kucing, jadi dia orang lebih tahu, aku fikir macam tu. tapi sampai kita orang habis makan kat kafe pun, siti tak turun turun dari bumbung. jadi aku and kawan kawan panggil dia kat tempat yang kita orang boleh amek dia, and berjaya bawak dia turun. fuhhh! nasib baik! baru aku tahu siti ni tak pandai kat tempat tinggi. hehe.


aku memang sayang dia, siti ni! :D

May 22, 2011

hidup satu pentas

hati emas- m nasir

hidup ni satu pentas. panggil lah apa pentas yang kau nak pun; pentas lakonan, pentas wayang kulit, pentas layar perak. kita semua ni cuma watak, atas pentas tu. puppet master nya Dia. tuan direktor nya Dia. bila sampai masanya nanti, bila Dia kata; ‘cut! Okay! It’s a wrap!’, kau, aku, kita, pun dah takada kat atas pentas tu lagi. watak kita pun dah habis waktu bekerja nya.

yang tinggal cuma persembahan, yang belum tentu orang akan ingat atau tak. yang tinggal cuma itu, dan itu sahaja. 

jadi kita kena persiapkan diri, sebab kita taktahu bila waktu kita atas pentas tu akan habis, akan sampai ke akhir nya. itu cuma Dia yang tahu.

May 15, 2011

jodoh yang macam biskut

when i look at you- miley cyrus


kau tahu, jodoh tu macam biskut. sekejap dia ada dekat kita, sekejap lagi dia dah takada.


jadi, sementara jodoh tu ada, kenalah appreciate dia, jaga dia, treasure dia. sebab mungkin esok dia dah takada.


itu yang aku nak buat sekarang. aku nak appreciate, jaga, and treasure jodoh yang ada dekat aku. aku taktahu sampai bila dia nak ada dekat aku, tapi aku taknak menyesal bila dia pergi tinggalkan aku nanti, yang aku tak buat apa apa untuk treasure dia. aku taknak menyesal di kemudian hari, sebab nanti dah takada gunanya kalau aku mengamuk-merampus-hentak hentak kaki pun. 


my very own, special, awesome gift from God
harap harapnya jodoh kita panjang. i pray to God, please let us be together, till the end of time, Amin.

May 10, 2011

aku si penyembunyi

here i am- 4men


mungkin kau tengok aku macam tak kisah, macam takada apa hal; kalau kau hanya peduli untuk tengok dari luaran nya.


tapi kalau kau cuba tengok hati aku; kau takdapat bayang apa yang aku simpan sembunyikan katsitu.


and just so you know; i'm very good at hiding my feeling.

May 5, 2011

mimpi dah habis

That Man- Hyun Bin

mimpi dah habis. aku kena balik lagi pada realiti.

heh, mimpi dah habis. sekarang baru kau cari realiti?

kau ingat aku nak sangat balik pada realiti lagi? kau fikir aku taknak hidup dengan mimpi?

tapi aku tak boleh, sebab realiti je yang aku ada. mimpi datang dan pergi. datang dan pergi. yang aku ada cuma realiti. yang aku selalu, dan sentiasa ada, cuma realiti.

aku kena hadapkan jugak, hadapkan lagi, walau aku rasa muak. walau aku nak lari. walau aku nak mimpi. aku nak mimpi, terlalu.

tunggu sekejap lagi, mimpi. nanti aku datang lagi. aku janji. sebab kau escapism aku. kau solace aku. kau solitude aku. tunggu, aku akan datang nanti, aku janji.