Sep 12, 2011

se-sekali

mustika- m, nasir


hendak saja aku teriak
jeritkan langit malam
tak berbintang
biar sampai bunyi sakit
pada hitam gelap
yang bisu


melilit lilit
mendaki naik
memintal hujung
tetap lepas
tak ber-sabit


adil itu bukan hidup
hidup itu bukan adil
jangan, usah!
sekali kau harap
pada sempurna
yang itu tak akan pernah ada


puitis-nya bahasa
bukan riak menunjuk jiwa
kadang ada rasa
cuma ingin di-utara


ya, yang itu rimanya cantik


sebab kita borak-kan
bahasa jiwa
bagi yang tahu me-rasa.



Sep 10, 2011

mencuba mem-potret rasa

byul- kim ah joong


sempurna itu apa?
lain orang lain biasnya
kalau putih kau katakan bersih
jadi hitam mesti kotor-jijik?


kau lihat dunia
tengok kaki pijak-kan apa
ya, kau kecil kerdil
tapi kau besar
pada jiwa


usah belit-kan kata
takut ada yang benci
nak tatap baca


ah, peduli
ini bicara aku
kau, mereka yang mahu
jadi biar


cuma-nya
jangan sampai kau lemas
pada dalamnya tinta
ini cuma rasa
yang kalau boleh mahu di-potret
pada kanvas atau dinding


tapi daya, yang takada.



Sep 8, 2011

a sudden kiss and an unexpected parting

wallflower- priscilla ahn


last night, i dreamed of you.
i guess, i miss you.


ingat lagi tak masa dulu?









masih ada benang sayang yang sambungkan kita, 
walau sekarang bukan dekat depan mata.


tolong, hidup baik baik, kesayangan.


when you feel the wind blows against your face, that's me saying; 'i miss you'.


p/s: tajuknya dipinjam dari salah satu episod 'honey and clover'. sekian.



Sep 7, 2011

pergi saja

i don’t love you- my chemical romance

aku bukan jenis manusia
yang berpegang sangat dengan manusia lainnya
jadi kalau kau nak pergi
sila
jangan toleh belakang konon teragak lagi
pergi saja

*ini untuk orang orang yang nak pergi dan meninggalkan; I bid you farewell.

Sep 5, 2011

it's magic, i think

mahou no kotoba- spitz

walau berapa banyak kali kau kata dekat diri sendiri
yang kau seorang pengalah
kau ini quitter

tetap akan ada fighter dalam sudut jauh hati kau
meronta nak lepaskan diri
sebab dia takmahu menyerah dan kalah

manusia itu satu ciptaan terbaik
takada tandingnya

walau berkali kali kali
kau lepas dan putuskan tali juang
tetap jugak kau gagah
di baris depan sekali
hadapkan ujian

hidup hentam kau dari semua sisi
kau lemah, sebab kau tahu kau memang tak kuat mana
kau hela nafas aja, dan biar hilang
lesap dalam putus asa

tapi
tetap jugak kau bangun lagi
lawan kan hidup yang kejam
sebab itu aja yang kau ada
HIDUP

macam mana kau boleh bangun, lagi lagi dan lagi?
it’s magic, i think.


ini post raya

dendang perantau- p. ramlee


selamat hari raya aidilfitri.
maaf zahir batin.
:)

anak pakcik Rahim says; Eid Mubarak, people!

harap maafkan segala salah silap lah ye.
kthanxbai.


p/s: we are one happy MANUTD family! jangan jealous! :P