Oct 17, 2011

aku minta maaf


kepada kau,

maaf- suara aku terlalu kuat.
maaf- pitching aku tinggi sangat.
maaf- bila bercakap aku terlebih semangat.
maaf- bila semangat aku bantai berdebat.
maaf- kasar aku tak kira tempat.
maaf- marah aku kau rasa tak tepat.

maaf- aku sakitkan hati kau.

maaf- aku bukan perempuan yang cakap sopan.
maaf- aku bukan perempuan sweet, cute atau menyenangkan.
maaf- aku bukan perempuan cakap suara perlahan.
maaf- aku bukan perempuan yang keperempuanan.
maaf- aku bukan yang kau pinginkan.

maaf, aku guris hati kau.

maaf- kau rasa aku tak jaga hati kau.
maaf- kau rasa aku tak hormat kau.
maaf- kau rasa aku taksayang kau.
maaf- kau rasa aku melampau.

maaf- aku cakar hati kau.

maaf- aku bukan yang terbaik untuk kau.
maaf- aku memang takbaik untuk siapa siapa.
maaf- aku bukan ideal atau sempurna.

untuk kau;
yang aku dah sakitkan hatinya,
tolong maafkan aku.

untuk kau;
yang dah takmahu lagi keluar suara dengan aku,
ya, aku dah tahu aku salah.

untuk kau;
yang aku rindu rindu bila aku jauh,
tolong tolong maafkan aku.

aku bukan baik segala, untuk kau,
tapi sayang aku; itu betul.

dan maaf aku takmampu ucapkan ini- sebab aku manusia ego.

untuk kau;
maaf, aku bukan kakanda yang kau mahu.


Oct 12, 2011

biasa


kali ini, aku saksi depan mata, suatu biasa antara ramai yang tak me-rasa.
susah. ya, susah, perasaan susah, kesusahan.
susah yang aku lihat-kan pada seorang anak lelaki, baya baya seperti adikku sendiri.
susah yang aku pandang-kan pada ketidakcukupan ongkos si anak itu, buat dia beli-kan minuman manis yang di-minta tekaknya.
susah yang aku rasa-kan, di hati aku yang sakit, melihat dia yang tulus sekali peri nya.

betapa dia akhirnya hanya cukup dengan air mineral, sedangkan yang dimintajerit selera nya itu; minuman manis yang mahal 40 sen dari yang ada di genggam nya.

40 sen!
sungguh 0.40 ringgitmalaysia – yang celaka.

aku lihat, dari tapak aku tegak berdiri, dengan hati aku sakit, tercakar, terpedih.

aku tahu rasa itu, susah, kesusahan.
aku faham rasa itu, aku hidup antara rasa itu.

apa rakyat didahulukan?
apa kesejahteraaan kebajikan rakyat segala semua?
kau semua sama
celaka.

yang sini susah, takada yang pandang, takada yang mahu tahu.
yang sini susah, cerita yang masuk berita cuma bila mahu pilihanraya.

sana minyak naik 20 sen, ah tak mengapa.
sana gula naik 30sen, oh tak apa apa.
sana barang naik lagi lagi lagi, ehhhh tak apaaaaaa.

kau tak rasa susahnya, kau tak telankan, jangan kau berani ‘ah tak apa’ dengan aku!
anak sekecil dia, mahu minum manis pun tak mampu!

bukan aku takpahamkan apa itu hidup, memang susah itu nama tengah dia.
tapi susah yang ini - susah artifisial sebab kesialan nya pemerintahan - yang aku saksi pada anak kecil yang patut me-rasa senang dengan hidup; melampau!

celaka itu semua!
celaka borak lapuk kau di-parlimen buat bahas hal jelata – konon!

celaka!

bukan, ini bukan sembang politik, ini bunyi susah, yang kau bagi sekali dengan onemalaysia kau.