Mar 30, 2012

tentang akur dan melepaskan


kau tahu, 
dalam hidup, banyak perkara yang kau mahu tapi kau tak dapat,
jadi kau harus lepaskan.

there are many things in life that you wish you have, but somehow you just can’t get your grip on them, so you have to let go.

macam bila kau sangat mahu pergi ke pasar buku boco, tapi tiba tiba kawan yang sepatutnya  membawa kau itu takdapat menunai janji gara gara datuknya gering di kampung jadi dia harus pergi menuruti
--kau harus akur, dan melepaskan.

macam bila external hard disk kesayangan kau yang kau anggap harta berharga, rosak dan tak dapat dibaiki lagi lalu merampas pergi semua memori dan kerja keras proses mengumpul selama ini
--kau harus akur, dan melepaskan.

macam bila kau sebenarnya mahu menyambung degree dalam bidang bahasa, tapi harus pula menjadi seorang jurutera demi menjamin masa depan keluarga
--kau harus akur, dan melepaskan.

tidak kira se-klise mana ini kedengaran dan terkelihatan; tentang akur dan melepaskan ini
--ini perkara yang betul terjadi dan bukan main main berlaku, hari hari.

dan tak kira se-enteng atau se-remeh mana kau memandang perihal ini, untuk akur dan melepaskan
--bukan senang atau mudah, perlu usaha dan kekuatan.

dan aku belajar, untuk akur lalu melepaskan
--aku keluarkan kesedihan.

moga bila kering airmata setelah puas aku tangiskan
--aku akan mampu untuk akur dan bisa untuk melepaskan.

macam bila kau suka sangat pada sesuatu atau seseorang, tapi sesuatu atau seseorang itu tidak punya rasa sama bagi kau
--kau harus akur, lalu melepaskan.

--

mungkin sudah sampai masa kau berhenti meminta minta serta menginginkan yang bukan kau punya,
lalu bersyukur dan menerima segala apa yang kau ada.

Mar 27, 2012

in the end, it will be you who fall too hard and break your heart


setem pada syurga- wani ardy

don’t fall baby, don’t fall.

don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall.
don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall.
don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall.

don’t fall, please baby, don’t fall.

don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall.
don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall.
don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall.

please do not fall, please no.

don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall.
don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall.
don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall.
don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall, don’t fall.


oh okay, fine.
if you really really want to fall,
if you really really cannot help it,
then do it,
have it your way.

but please,
don’t fall too hard.
please,
have some mercy on your heart.

*sigh*

it may happen that ye hate a thing which is good for you, and it may happen that ye love a thing which is bad for you. Allah knoweth, ye know not. (2 :216)


Mar 20, 2012

epidemik


i shall be released- maroon 5

kita ini mahu jadi apa?
bangsa yang paranoid?
umat yang penakut?

sedikit mahu bengkeng.
tentang sana, lawan sini.

kita ini mahu jadi apa?
orang yang mengecoh?
manusia yang bodoh?

hey, kau.
akal kan ada.
tolong, guna sebaiknya.

berhentilah menyebar wabak.
berhentilah mencipta rosak.

kelak nanti rabak, kau mahu tanggung?
mana, aku yakin kau lari taknampak batang hidung.

jangan ber-sial disini.
kami orang ada yakin diri,
tahu apa dia dalam hati.

kalau kau cuma mahu ber-omong yang bangang,
tolong pergi sekarang.

kami tidak perlu,
watak seperti kamu.

Mar 16, 2012

bila kau rasakan jahanamnya kehidupan


belajar- wani ardy

sebab kita ini anak anak,
hidupnya dalam realiti,
bukan dalam mimpi atau kisah kisah manis di kaca tv.

sebab kita ini anak anak,
menghadap hidup yang bukan senang,
bila jatuh harus lagi bangun berlagak tenang.

sebab kita ini anak anak,
yang terbaik dan paling layak,
jadi dipilih Dia untuk dihentam-henyak.

sebab kita mampu.
dan sebab Dia tahu,
ada kuat dalam situ – tunjuk pada hati

sebab itulah,
jangan pernah kau mau menyerah.
kau diberi Dia anugerah.

kalau kau tak susah sekarang,
gimana agaknya bila nanti kau senang?

itu cantiknya hidup,
kau merasa mudah,
hanya sesudah kau kenalkan susah.

teruskan langkah anak anak,
susah ini cuma sejenak.

Mar 5, 2012

bernafas dalam air

heartbeat- the fray

lemas aku gini
beriya mengambil hati
beriya menyorong pipi
nanti yang diluka
bukan siapa siapa
aku lagi
aku lagi
aku lagi

lemas aku gini
terkejar menagih suka
terhegeh mahu buat orang gembira
suka ria
kononnya
nanti yang lagi dipersenda
bukan siapa siapa
aku lagi
aku lagi
aku lagi

kenapa mesti aku terhegeh sana sini?
kenapa mesti aku menampung menjulang hati rasa orang?

kerapnya, orang tidak gitu pada aku
tapi masih, aku mahu.

sialan.