May 23, 2012

mencoba gagah


askar- wani ardy

sudah
sudah
sudah

bumi tak akan berhenti berputar di paksi
hanya semata kerana kau berputus asa dan menyerah diri

matahari tetap akan terbit di timur esok hari
walau hari ini kau melemah dan menangisi

bukan ke Dia sudah janji
tak akan Dia bagi
yang takmampu engkau hadapi

percayalah, diri
tenanglah, hati

sudah
jangan melemah lagi.

May 15, 2012

aku mahu otak komputer dan hati batu


take my heart- soko

beri aku
otak komputer dan hati batu.

aku mahu otak komputer
lengkap dengan cakera keras nya segala
buat aku simpan semua memori yang kita cipta.

bila nanti kau mahu pergi
aku tak akan lama menangisi
sebab otak aku komputer
bolah saja aku padam kan semua memori masa itu
yang gembira, tapi sudah berlalu
jadi dia tak akan datang menghantui
malam malam aku yang nanti sunyi.

aku mahu hati batu,
biar rasa aku semua kaku
beku.

bila nanti kalau aku terjatuh,
aku tak akan rasa sakit nya,
sebab hati aku batu,
dia kaku,
dan dia beku,
jadi aku tak akan terlalu mahu,
pada kau kau yang tak ingin kan aku.

beri aku
otak komputer
dan hati batu.

May 9, 2012

satu babak dalam wayang


creed- one last breath

kau tahu babak dalam wayang,
bila lagu rancak yang sedang dimainkan tiba tiba berhenti gara gara watak utama cerita ditimpa celaka?

musik tiba tiba senyap. gelak tawa tadi diam, terang pun hilang. gelap.

sekarang ini, babak itu sedang berlaku.
dalam wayang hidup aku.


May 6, 2012

klise


Dia pandang langit biru yang terang. Hari ini cerah, haba matahari dia dapat rasa walau duduknya di bumi. Hmmm, pelik.

Lagi, persoalan sama, lagi lagi, timbul dalam kepala. Mengajak dia memikir tentang itu. Memikir lagi, lagi dan lagi. Takhabis.

Tentang  ‘apa perempuan tidak perlu jaga ego dan buta buta menyerah diri bila hati dicuri?’

Aaaaaah, klise.

‘Jahanam punya klise. Lagi lagi bikin aku pikir tentang kau!’, bentak dia kuat (tapi dalam hati saja sebab rumetnya sedang tidur).

Dia sambung pikir lagi. Takhabis. Sampai dia leka dengan pikiran pikiran celaka tentang persoalan klise yang sama.

Padahal, dia ada tugas lebih penting sekarang. Final exam dah hampir sangat, tapi dia tetap pikirkan yang tadi. Pikir tahap tak ingat.

Dia angkat kepala (oh lupa, tadi dia tundukkan kepala masa mahu mula berpikir). 
Langit masih biru. Matahari masih pinjam terang.

Aaaaah, sambung lagi. Pikir.

May 3, 2012

anjing menyalak bukit


(untuk bidadari dan anjing-yang-tak-boleh-disebutkan-namanya)

anjing
bising
menyalak
melolong
melalak
minta simpati
gampang

itu bidadari aku
yang kau sakiti
yang kau lukai
hingga berdarah
merah mencemar sayap putih suci dia
kau celaka

bikin hati panas
bikin hati benci
ya, rupanya aku juga manusia biasa
yang bisa rasa benci pada manusia lainnya

oh lupa
kau anjing
bising.

May 1, 2012

pada titik paling bawah

tae guk gi ost- piano solo 22


matikan hati
kalau itu pengubat
kalau itu bisa menamat
ingin-ingin bodohku
hendak-hendak bangangku
dan semua
mahu-mahu celakaku.