Oct 30, 2012

you who wore red

when will i see your face again - jamie scott & the town

i wish to see you again,
you; who hummed 'Ave Maria' the first time we met.

smile, the next time we see each other,
and i'll remember.

Oct 24, 2012

lutsinar, lutcahaya, legap


jatuh- liyana fizi

Lutsinar, lutcahaya, legap
Aku bukan halimunan
Aku, yang tidak ter-nampak-kan

Lutsinar, lutcahaya, legap
Iya, aku penasaran
Ke engkau aku mahu terbang
Lalu di-kasih-kan

Gila!

Aku yang di belakang kaca legap
Kepingin ke situ
Di sisi kamu


serang hendap


i do adore- mindy gledhill

Sasar aku
Dengan busur tajammu

Bidik aku
Dengan laras kilatmu

Biar aku temu
Halus jiwamu
Biar aku tahu
Rasa hatimu

Aku di tengah papan sasaran
Ayuh, letak!
Sekarang, tembak!

Sedia, mula!

Oct 15, 2012

hati hati yang ter-pijakkan


goodnight goodnight- maroon five

kadang kadang dalam kalut kau cuba melindung
hati sendiri
ada hati hati yang kau pijakkan

kadang kadang dalam sengaja kau memuja sanjung
hati sendiri
ada hati hati yang kau pijakkan

lihat sini
dengar
sedar
aku ini
perempuan dengan hati
yang kau pijakkan

kau minta
aku tunggu
tunggu dan tunggu
sampai aku beku, kaku, layu
sayu

tetap aku sendiri
kau biarkan
aku ini
dengan hati
yang kau pijakkan.

Oct 6, 2012

pengecut


primadonna – marina & the diamonds
                      
Mahu pergi, tapi tak berani
Tinggal lagi sini, sendiri
Letih!

Mana tali aku?
Mana layang aku?
Aku mahu terbang, lekas, sekarang!

to my unknown lover


to whom it may concern - the civil wars

To my partner
Who are secretly breathed to being
For me, and only me

To my best friend
Who are all- embracing and fulfilling
For me, and only me

To my other half
Who sees my hurts
My laugh and my soul
I wait for you
To complete me as a whole

To my dearest love
Who reads my thoughts
And listens to my silent calls
I wait for you
Even when the night falls

Take your time, darling
One step at a moment
For all the time we are apart
We are closer every second
In our hearts.


kereta api laju sementara waktu


keagungan Tuhan – d’lloyd

dalam gerabak
penuh manusia
sibuk berpusar
memutar roda
selagi nyawa
belum datang waktu akhirnya.

akan pasti, tiba
akan nanti, senyap
gelap gelita
takwujud cahaya.

akan nanti, habis
tak perlu lagi terkuis
tak payah lagi mengikis.

senyap---