Nov 27, 2012

perihal hatinya yang dipecahkan


patah seribu (akustik) - shila amzah

dia pandang lagi wajah itu, yang dia ingat ingat setiap waktu
mata itu, yang baru semalam dia rindu rindu
bibir itu, yang baru meng-ujar kata kata nista
bikin hatinya jadi sayu

punah ranap jiwanya
bersepai barai asanya

apa semuanya yang kita ada sampai kini, satu penipuan buat kamu?
apa segala rasa yang selama ini engkau beri, sekadar lakonan buat aku?

hatinya..
kasihan hatinya, yang persis sebiji belon
sudah ditiup-tiup sampai mengembang
sudah terbang di langit terawang-awang
tiba tiba, POP!
dipecahkan!
jadi carik carik kecil yang sekarang ini berserakan

dia mengalih pandang pada cebis cebis hati
ah sudah, harus dikutip lagi!

Nov 26, 2012

suatu norma di Tebing Gaza


Pernah kau rasa putus harapan? Kau hilang semua, dan ditinggal seorang, dalam kegelapan. Rasa mahu marah, mengamuk, merampus, membaling barang, menghentak kaki dan menjerit sekuat hati. Rasa mahu menangis, menangis dan menangis lagi, sampai bila bila mata mampu berkompromi. Sampai akhirnya jadi lompong, dan tinggal kosong. 

Itu apa yang Sara rasa, masa ibunya mati, dibedil Yahudi.

Ya, ini cerita klise tentang bagaimana seorang budak perempuan berumur lima tahun menjadi yatim piatu, di sebalik runtuhan batu dan kelongsong peluru.

--

Tadi malam Sara tidur dalam pelukan ibunya. Bila mahu lena pasti dia begitu, sebab ibu satu satunya keluarga yang dia punya. Dia takpernah kenal abang, kakak, mahupun bapa. “Mereka sudah pergi dijemput Syurga”, jawab ibu setiap kali dia bertanya. Sebelum lena, ibu usap usap rambutnya, cuit pipinya, dan kucup hidungnya. Dia cuma mengekek ketawa. Senang bila ibu terlebih memanja. Dan dia ingat, dia dakap peluk ibu erat erat. Dan sebelum mata dia pejam rapat, dia rangkul ibu kuat kuat.
                                        
Belum lama Sara lena, dia sudah kembali terjaga. Dunia kelilingnya gegak gempita dan huru hara. Kaos di merata rata. Suara jerit pekik datang dari semua arah. Sara panik, dan naluri pertamanya ialah mencari ibu. Lalu dalam kelam cahaya, dia meraba. Nama ibu diulang panggil tanpa noktahnya. Dan akhirnya dia ketemu -- ibu, di sebalik runtuhan batu dan kelongsong peluru.

Muka ibu merah, penuh darah.  Segera dia menuruti, berlutut di tepi. “Ibu takboleh mati!”, bentak Sara dalam hati. Cepat cepat dia sapu likat pekat di muka ibu. Digoncang tubuh ibu sambil mulut tak henti menyeru. Tapi ibu tetap layu, kaku, beku. Ibu jadi batu, jadi bisu, jadi kaku.

Semalam dia masih punya ibu. Hari ini dia yatim piatu.

Dan Sara putus harapan. Dia hilang semua, dan ditinggal seorang dalam kegelapan. Dia mahu marah, mengamuk, merampus, membaling barang, menghentak kaki dan menjerit sekuat hati. Dia mahu menangis, menangis dan menangis lagi, sampai bila bila matanya mampu berkompromi.

Tapi dia sudah tak punya hati. Dia sudah jadi lompong, dan tinggal kosong.

Ya, ini cerita klise tentang bagaimana seorang budak perempuan berumur lima tahun menjadi yatim piatu, di sebalik runtuhan batu dan kelongsong peluru, serta kezaliman Zion yang berhati beku.

Nov 11, 2012

ulang ini seribu kali dekat diri sendiri

tolong faham, hati
tolong hadam, otak

sebab ini hidup,
bukan semua yang kau hajat,
kau akan dapat,
bulat bulat

tolong faham, hati
tolong hadam, otak

tolong. 

Nov 9, 2012

sebab aku boleh jadi kejam kalau aku mahu

kadang kadang penat jadi baik
bila kita baik, kena pijak
kena hentak
kena campak

macam kita tak punya hati

haihhh

asyik kita aja fikir tolak ansur, mengalah
setiap kali pun macam ni, kau ingat aku tak lelah?

bukan kau seorang dalam dunia ni punya kehendak dan kemahuan
aku pun ada lah, bajingan! 

Nov 4, 2012

galau

illgresi - sigur ros

Hari ini
Rabak
Pekak
Luak
--
Pecah

Hari ini
Sakit
Pahit
Jerit
--
Lemah

Hari ini
Rapuh
Luluh
Peluh
--
Perah

Hari ini
Kais
Bengis
Tangis
--
Murah

Hari ini -- jatuh

Nov 3, 2012

in a faraway land

serenade (piano & violin) - schubert

some things in life are just not meant for you.
take a deep breath, let it out --

and let it go. 

senang

kau pikir aku perempuan mudah?
kau pikir aku akan senang senang serah?
kau pikir aku tak punya maruah?

---

maaf, kau salah.