Jun 5, 2011

coretan

white love story- as one

aku mahu coret, conteng disini.
          
dalam hati ada macam macam rasa yang kadang aku tak faham. selalu aku tak dapat hadam. aku mahu curah semua, tapi aku taktahu pada siapa dan di mana, juga macam mana.

aku cuma boleh tintakan, disini.

kalau aku bukan belajar jurutera, aku mahu jadi penulis. bebas tintakan apa saja yang hati aku kata. suka hati coret apa saja yang tangan rasa nak conteng. tapi bisakah nanti jamin masa depan keluarga? tapi bisakah nanti bagi kereta besar pada ayah? tapi bisakah nanti buat emak bangga?

kali ini hati aku diam. suara dalam kepala kata; kau tahu sendiri kan jawab untuk tanya kau tu? jangan buat buat taktahu pulak katsini

heh.

aku memang percaya yang Dia bagi hanya yang terbaik dekat hamba hamba Dia semuanya. jadi aku percaya ini jalan terbaik untuk aku. aku taknak merungut. aku cuma nak terima dengan seluruh hati.

kan aku masih ada ruang untuk menulis? disini. walau aku tahu aku menulis merepek semata, heh.

aku juga mahu jadi manusia yang ada guna nya. nanti satu hari, aku akan jadi itu.

bersyukur saja dengan apa semuanya yang kau ada, sebab itu lah dia yang terbaik untuk kau. kau taktahu, Dia yang tahu semua (2:216). percaya saja pada Dia, jangan banyak soal lagi.

aku jenis manusia yang buat sesuatu bukan sebab aku memang pandai buat dia, tapi sebab aku nak buat dia; dan bila aku buat dia, aku ada rasa gembira dan ada sengih kat muka aku.

sebab itu aku menulis.

sounds cheesy kan? aku pun baru tahu rupanya yang aku ni cheesy orangnya.

excuse me, please :)

Jun 4, 2011

hati yang rasa

yellow- coldplay

ranting, writing and telling stories pasal orang orang kesayangan somehow make me feel blessed.

jadi sebab tu aku asyik post entries pasal orang orang kesayangan sejak akhir akhir ni. kalau nak kira, rupanya aku memang ada ramai orang orang kesayangan. dengan yang tak tersebut dan tak tertayang kat belog ni, aku hargai each and every one of them. family lagi (paling paling kesayangan!) and kawan kawan yang setia ada je seikhlas hati dalam hidup aku walau aku tak mintak, I thank God so much for that; Alhamdulillah!

love is best expressed; I believe that. at least dekat orang orang yang deserve sayang kau tu, apa salahnya kau cakap. just to let them know how you feel. sebab kalau kau tak cakap, orang takkan tahu apa ada dalam hati kau. manusia takada ability untuk baca hati sesama species, unfortunately. jadi baik kau cakap saja kalau kau sayang, sebab kau akan menyesal nanti, kalau kau tak buat macamtu. trust me; I’ve been there, done that.

aku memang orang yang biasa biasa saja, takada apa yang distinct sangat pun pasal aku. orang orang special yang ada keliling aku, depan-belakang-kiri-kanan aku ni ; yang buat aku rasa macam aku special. dan walaupun aku nak control macho taknak jiwang berbunga apa semua, aku akan jatuh sayang each and every time. i just can’t help it, sebab dalam hati aku ada rasa, sebab aku cuma manusia.

orang kata, rasa sayang apa semua tu Dia yang punya. jadi bila dia hadirkan rasa tu dalam hati kita; manusia ni, itu lah bukti yang Dia tu ada. kau takpayah deny, kau takpayah tolak, kau terima saja lah dengan segenap hati kau.

memang kadang hidup tak adil, kau rasa putus asa, kau merungut dan kau post entries merepek repek (ehem!), tapi at least kau selalu akan ada orang orang kesayangan. kau bukan seorang seorang dalam dunia ni, Dia bukan kejam macamtu. in fact, Dia lah kesayangan paling paling paling sekali.

jadi, buatlah perangai manusia; ambil kesempatan dan gunakan peluang ni sehabis habisnya, sebab ini lah anugerah, dari Dia.

Alhamdulillah! :)               

Jun 3, 2011

kawan sampai infiniti

teman sejati- brothers

kawan, kau ada dengan aku dari dulu dulu. dan kau takpernah lepaskan aku. aku nak cakap terima kasih sangat sangat, for never let go of me. kau ada sejak aku berhingus-budak-kecik lagi. kau ada bila aku dewasa-wannabe. kau ada bila aku jatuh tersungkur, kau ada bila aku bertatih bangun. kau ada bila aku ketawa, untuk kongsi gelak dengan aku. kau ada bila pertama kali aku rasa patah hati tu macam mana. dan kau ada bila aku menangis, walaupun aku takmintak kau kongsi sedih tu dengan aku.

kau dengan aku dah lalu macam macam. kau dengan aku; kita ada bittersweet memories, aite?

aku sayang kau kawan, sampai bila bila. ingat jangan mungkir janji, tahu! :)


zila, kina, seha, fifa :)

dengan farah sekali :D




kawan sampai infinity, for eternity kayyy!

my very own, special, awesome gifts from God! (ii)

love is weaken when it comes out of mouth- low-end project

orang orang ini selalu ada bila saja aku perlu. sentiasa, selalu berdiri sebelah aku, tak kira macam mana keadaan aku.

here are some thoughts about them; my very own, special, awesome gifts from God.

echa- the joker; yang bawak ceria.
dia ni memang pandai buat orang ketawa. aku yang tengah moody pun boleh gelak gila gila kalau dia dah buat lawak sengal dia tu. aku memang sayang kat dia. kalau aku tengah sedih pun, airmata tak jadi keluar bila dia ada dengan aku; sebab dia akan buat aku gelak.

saya sayang awak lah; echa! :)



farah- the counselor; yang selalu memujuk.
aku yang selalu moody and rasa down, dia ni akan notice and tanya aku kalau ada apa apa yang jadi. aku boleh cerita macam macam dengan dia. walaupun dia ni jauh lagi kecik dari aku, tapi dia dapat pujuk aku tak kira macam mana. aku sangat treasure dia, yang setia nak dengar kalau aku nak cakap apa apa.

farah; saya sayang awak tahu! :)



rose- the guardian; yang menjaga sentiasa.
dia ni akan marah aku kalau aku pilih pilih makan. dia akan tegur aku kalau aku mengada manja sangat. dia selalu jaga aku, aku tahu dia akan defend aku bila bila masa kalau aku perlu. dia ajar aku jadi kuat, berani. and dia tak kisah je asyik kena tolong aku. aku value dia, sangat sangat.

saya sayang awak; rose! :)



nina- the motivator; yang bagi semangat.
nina selalu motivate aku bila aku ragu dengan diri sendiri. dia akan kata yang aku boleh buat and dia percaya dengan aku. aku jadi bersemangat bila dia kata macamtu. dia ni tahu je aku memang kadang tak berani, tapi dia sangat pandai buat aku rasa yakin dengan diri sendiri. and I love her because of that.

nina sayang; I love you! :)



hajar- the partner; yang jadi teman.
dia ni partner-in-crime aku. aku akan bagitahu dia semua nya. and most of the time, kita orang akan fikir benda yang sama. dia ni my perfect partner. tahan je dengan perangai aku yang macam macam. dia sentiasa ada dengan aku, never leave my side. aku sangat hargai dia.

saya sayang awak tahu tak; hajar! :)



macam mana orang orang ni jaga aku, aku pun nak jaga dia orang. macam mana orang orang ni ialah yang terbaik pada aku, aku pun nak jadi yang terbaik pada dia orang.

memang aku taktahu sampai bila sayang ni akan ada, tapi selagi diizinkan Dia, aku terima dengan sepenuh hati aku.

ya, aku memang orang yang mengucapkan apa aku rasa. dan ya, hati aku warna merah jambu masa sekarang.

I love you!

Jun 2, 2011

my very own, special, awesome gifts from God!

ocean travel- tearliner

a wise man once told me; ‘kalau sayang sangat pun takboleh’. aku faham apa yang dia nak sampaikan; dia takut terluka, disakitkan bila dah sayang kat orang. sebab bila kita dah sayang kat orang, kita jadi fragile, reckless, jadi lemah dan sanggup terima malah buat apa saja. bila kita dah sayang orang, ada banyak kemungkinan yang kita akan sakit nanti. tapi, bagi aku, bukan sakit saja yang ada bila dah sayang; bahagia ada, ketawa ada, gembira ada.

and so, I am taking the risk, the chance, yang Dia dah bagi kat aku, untuk jatuh sayang dengan orang orang ini.

kesayangans; saya taktahu apa akan jadi esok atau nanti nanti, jadi saya cuma nak hargai apa yang saya ada sekarang; masa dan kesempatan untuk jatuh sayang dengan awak semua. I love you :)

farah, rose, nina, echa :)


aku dengan mereka :D





dengan hajar sekali ^.^
let us make a lot lot lot of happy memories together!