Feb 23, 2012

penasaran


aku takut mencinta
sebab aku takut kecewa

aku takut mau berdua
sebab aku takut merana

kau boleh bayangkan,
kalau kau sudah menyayangi,
kau sudah letak dia
paling atas dalam hati
kau sudah biasa ada dia hari hari,
tiba tiba dia mau pergi,
tarik diri?

kalau kau bagi hati,
dan dia hancurkan nanti,
gimana?

kalau aku,
pasti aku mau mati.

aku takut.
dan aku memang paling penakut dalam dunia.

berkali aku sedapkan hati sendiri;
‘hidup ini percubaan, ujian.
kalau kau mau kedepan Atika,
punah ranap hati,
sepai barai diri,
kau kena telankan,
semuanya, semuanya.’

tapi aku rasa susah,
macam mana ni?

Feb 19, 2012

menemui Tuhanku


senyum indah- crush

Tuhan,
tolong lindungilah aku,
daripada menjadi manusia yang perasan.

Tuhan,
aku bermohon hanya pada-Mu,
jauhkanlah aku dari
perasaan syok sendiri.

Tuhan,
takmahu aku menangis nanti,
jadi tolong jangan senyum kan aku
sekarang.

Tuhan,
kuatkan hati aku,
jangan biar dia goyah,
aku gentar yang didepan nanti,
payah.

aku lemah Tuhan,
aku lembik.

aku minta;
tolong, lindungilah aku.

amin.


ohhai mimpi


paperweight- joshua radin & schuyler fisk

ohhai mimpi
aku dah datang
lagi

ohhai mimpi
bawa aku terbang
tinggi

tinggalkan pekat hitam
denganmu aku warni
lepaskan biru kelam
tak ingin ku hadap lagi

kau inspirasi
kau imaginasi
terbangkan aku tinggi
biar aku hidup
kali ini

ohhai mimpi
aku dah datang

tolong
bawa aku pergi

Feb 17, 2012

gelabah


do me a favour- arctic monkeys

iya kau hebat.
sembang pun lebat.
kau kuat.

tapi tolong diam boleh?
tolong mute sekejap aja, boleh?

sebab aku muak.
tengok kau yang riak.
tak ubah macam gagak.
aak aak aak.

iya kau hebat.
sembang  pun lebat.
aku maklum kau ter-kuat.

tapi semak.
aku tengok kau, semak!

Feb 14, 2012

sayu


kasih tak kembali- atilia

melankolik, lagi.
benci aku gini.

jujurnya, aku rindu.

kalau rindu itu datang dalam bentuk orang,
aku lempang.
aku tumbuk, sepak terajang.

kenapa dia suka kacau aku?
buatkan masa aku kaku,
bikin aku mahu mati dalam beku.

ah rindu,
pergilah.

ah rindu,
bencilah!