when will i see your face again - jamie scott & the town
i wish to see you again,
you; who hummed 'Ave Maria' the first time we met.
smile, the next time we see each other,
and i'll remember.
Oct 30, 2012
Oct 24, 2012
lutsinar, lutcahaya, legap
jatuh- liyana fizi
Lutsinar, lutcahaya, legap
Aku bukan halimunan
Aku, yang tidak ter-nampak-kan
Lutsinar, lutcahaya, legap
Iya, aku penasaran
Ke engkau aku mahu terbang
Lalu di-kasih-kan
Gila!
Aku yang di belakang kaca legap
Kepingin ke situ
Di sisi kamu
serang hendap
i do adore- mindy gledhill
Sasar aku
Dengan busur tajammu
Bidik aku
Dengan laras kilatmu
Biar aku temu
Halus jiwamu
Biar aku tahu
Rasa hatimu
Aku di tengah papan sasaran
Ayuh, letak!
Sekarang, tembak!
Sedia, mula!
Oct 15, 2012
hati hati yang ter-pijakkan
goodnight goodnight- maroon five
kadang kadang dalam kalut kau cuba
melindung
hati sendiri
ada hati hati yang kau pijakkan
kadang kadang dalam sengaja kau memuja
sanjung
hati sendiri
ada hati hati yang kau pijakkan
lihat sini
dengar
sedar
aku ini
perempuan dengan hati
yang kau pijakkan
kau minta
aku tunggu
tunggu dan tunggu
sampai aku beku, kaku, layu
sayu
tetap aku sendiri
kau biarkan
aku ini
dengan hati
yang kau pijakkan.
Oct 6, 2012
pengecut
primadonna – marina & the diamonds
Mahu pergi, tapi tak berani
Tinggal lagi sini, sendiri
Letih!
Mana tali aku?
Mana layang aku?
Aku mahu terbang, lekas, sekarang!
Subscribe to:
Posts (Atom)