Mar 30, 2012

tentang akur dan melepaskan


kau tahu, 
dalam hidup, banyak perkara yang kau mahu tapi kau tak dapat,
jadi kau harus lepaskan.

there are many things in life that you wish you have, but somehow you just can’t get your grip on them, so you have to let go.

macam bila kau sangat mahu pergi ke pasar buku boco, tapi tiba tiba kawan yang sepatutnya  membawa kau itu takdapat menunai janji gara gara datuknya gering di kampung jadi dia harus pergi menuruti
--kau harus akur, dan melepaskan.

macam bila external hard disk kesayangan kau yang kau anggap harta berharga, rosak dan tak dapat dibaiki lagi lalu merampas pergi semua memori dan kerja keras proses mengumpul selama ini
--kau harus akur, dan melepaskan.

macam bila kau sebenarnya mahu menyambung degree dalam bidang bahasa, tapi harus pula menjadi seorang jurutera demi menjamin masa depan keluarga
--kau harus akur, dan melepaskan.

tidak kira se-klise mana ini kedengaran dan terkelihatan; tentang akur dan melepaskan ini
--ini perkara yang betul terjadi dan bukan main main berlaku, hari hari.

dan tak kira se-enteng atau se-remeh mana kau memandang perihal ini, untuk akur dan melepaskan
--bukan senang atau mudah, perlu usaha dan kekuatan.

dan aku belajar, untuk akur lalu melepaskan
--aku keluarkan kesedihan.

moga bila kering airmata setelah puas aku tangiskan
--aku akan mampu untuk akur dan bisa untuk melepaskan.

macam bila kau suka sangat pada sesuatu atau seseorang, tapi sesuatu atau seseorang itu tidak punya rasa sama bagi kau
--kau harus akur, lalu melepaskan.

--

mungkin sudah sampai masa kau berhenti meminta minta serta menginginkan yang bukan kau punya,
lalu bersyukur dan menerima segala apa yang kau ada.

No comments:

Post a Comment