Feb 17, 2012

gelabah


do me a favour- arctic monkeys

iya kau hebat.
sembang pun lebat.
kau kuat.

tapi tolong diam boleh?
tolong mute sekejap aja, boleh?

sebab aku muak.
tengok kau yang riak.
tak ubah macam gagak.
aak aak aak.

iya kau hebat.
sembang  pun lebat.
aku maklum kau ter-kuat.

tapi semak.
aku tengok kau, semak!

Feb 14, 2012

sayu


kasih tak kembali- atilia

melankolik, lagi.
benci aku gini.

jujurnya, aku rindu.

kalau rindu itu datang dalam bentuk orang,
aku lempang.
aku tumbuk, sepak terajang.

kenapa dia suka kacau aku?
buatkan masa aku kaku,
bikin aku mahu mati dalam beku.

ah rindu,
pergilah.

ah rindu,
bencilah!

Feb 12, 2012

sedap


biar jiwa- fynn jamal

hujan, sini.

seorang, dalam solitude.
merumah tepi tingkap, lihat rintik air.
diteman teh panas, langit vanilla- wani ardy dalam tangan.

boleh kau bayang nikmat nya?

macam budak budak muda cakap zaman ini; perghhh!
sedap.

kalau aku satu android


oh no- marina and the diamonds

aku benci perasaan.
aku benci perasaan bila sebab dia aku jadi emosi.

sialan.

kan bagus kalau aku satu android.
android takada perasaan. senang.
takpayah nak hadap emosi yang macam roller coster.
takpayah nak pikir macam mana nak buat diri sendiri feel better.

aaah. aku dah gila agaknya.

saat sekarang, aku cuma rasa yang aku akan lebih suka kalau aku ini android.
android yang tak ber-perasaan.

pemikiran yang senyap


come as you are- yuna (cover)

lewat lewat ini, aku pikir yang aku perlu lebih berani dengan pendapat aku sendiri.

kau tahu, aku takpandai mengekspresikan secara terus. tak jujur, mungkin.
selalu aku sembunyi balik kata kata belit berpusing yang takada orang faham,
dan dapat maksudnya.

memang aku sengaja.

haihh.

tapi masa sekarang aku mahu sekeliling tahu rasa dan pikiran aku.
pendapat aku lah senang cerita.
aku kepingin orang maklum dengan apa yang legar legar dalam kepala otak aku.
aku nak kau yang tukang baca sini faham dan ngerti.

jadi lepas ini, mungkin kita akan selalu sembang dengan cara gini, okay?

ps : belog ni dah banyak yang aku tukar. dah sampai masanya.