May 15, 2012

aku mahu otak komputer dan hati batu


take my heart- soko

beri aku
otak komputer dan hati batu.

aku mahu otak komputer
lengkap dengan cakera keras nya segala
buat aku simpan semua memori yang kita cipta.

bila nanti kau mahu pergi
aku tak akan lama menangisi
sebab otak aku komputer
bolah saja aku padam kan semua memori masa itu
yang gembira, tapi sudah berlalu
jadi dia tak akan datang menghantui
malam malam aku yang nanti sunyi.

aku mahu hati batu,
biar rasa aku semua kaku
beku.

bila nanti kalau aku terjatuh,
aku tak akan rasa sakit nya,
sebab hati aku batu,
dia kaku,
dan dia beku,
jadi aku tak akan terlalu mahu,
pada kau kau yang tak ingin kan aku.

beri aku
otak komputer
dan hati batu.

No comments:

Post a Comment