Feb 1, 2012

selamat pergi


warkah- bau

kau tahu, perasaan meninggalkan lebih sakit dari perasaan ditinggalkan.

ya, kalau kau yang memang beria mahu pergi dan meninggalkan,
kau tak akan rasa sakit nya.
ini kalau bukan kau yang mahu bukak jalan kesana, 
jalan yang pisahkan kau dengan dia.
dia itu; seorang yang kau dah tumpahkan sayang padanya.

kau terpaksa pergi.
gagahkan diri dan tabahkan hati.
untuk pergi, bukan senang.; kalau di hati kau tak ingin.

tapi jalan kau dan dia sudah ada beza.
kau punya haluan sendiri sekarang.
dia jugak ada tempatnya sendiri; yang jauh dari kau.

kau tahu, bukan senang.

bila kau amati wajah dia.
senyum yang selalu ada, hilang.
riak sedih bagi amaran; hujan lebat bakal turun dari matanya.

saat itu, kau cuma fikir; 
Tuhan, biar aku seorang yang rasakan sakitnya, jangan pada dia’.

tapi daya kau takada.
kau dengan dia, takboleh lagi sama sama.

iya, sakitnya memang pada yang ditinggalkan jugak.
tapi aku pikir, meninggalkan lebih lagi peritnya; bila kau terpaksa, bukannya rela.
ini hati yang rasa, bukan aku saja bikin cerita.

jadi kalau aku; lebih baik aku yang ditinggalkan, dari aku yang meninggalkan.

Jan 31, 2012

untuk emak


bonda- m. nasir

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh bonda
bonda

Ini dedikasinya untuk dia; insan mulia yang selalu sabar. 
Kasih nya takada tanding, sayang nya takada banding.

Mammy; I miss ya!

Jan 28, 2012

depan mata


by the boab tree- angela little

kau manusia
lalu kau merasa
itu normal, biasa

bila bahagia depan mata
langkah!
capaikan dia
sebab ini ter-kadang
dia datang

sepicing masa yang kau dapat-kan
genggam!
gelak tawa yang kau lontar-kan
pegang!
jangan lepas dia
ini bahagia
yang bukan tiap detik ada

saat yang kau rasa-kan dia
--bahagia
sila
nikmat-kan

ini jugak anugerah
hadiah dari Dia
yang sayangkan kau
--hamba Dia

sehina kau di mata sendiri
Dia tahu buruk baik nya
dan ini kasih
--ALHAMDULILLAH

Oct 17, 2011

aku minta maaf


kepada kau,

maaf- suara aku terlalu kuat.
maaf- pitching aku tinggi sangat.
maaf- bila bercakap aku terlebih semangat.
maaf- bila semangat aku bantai berdebat.
maaf- kasar aku tak kira tempat.
maaf- marah aku kau rasa tak tepat.

maaf- aku sakitkan hati kau.

maaf- aku bukan perempuan yang cakap sopan.
maaf- aku bukan perempuan sweet, cute atau menyenangkan.
maaf- aku bukan perempuan cakap suara perlahan.
maaf- aku bukan perempuan yang keperempuanan.
maaf- aku bukan yang kau pinginkan.

maaf, aku guris hati kau.

maaf- kau rasa aku tak jaga hati kau.
maaf- kau rasa aku tak hormat kau.
maaf- kau rasa aku taksayang kau.
maaf- kau rasa aku melampau.

maaf- aku cakar hati kau.

maaf- aku bukan yang terbaik untuk kau.
maaf- aku memang takbaik untuk siapa siapa.
maaf- aku bukan ideal atau sempurna.

untuk kau;
yang aku dah sakitkan hatinya,
tolong maafkan aku.

untuk kau;
yang dah takmahu lagi keluar suara dengan aku,
ya, aku dah tahu aku salah.

untuk kau;
yang aku rindu rindu bila aku jauh,
tolong tolong maafkan aku.

aku bukan baik segala, untuk kau,
tapi sayang aku; itu betul.

dan maaf aku takmampu ucapkan ini- sebab aku manusia ego.

untuk kau;
maaf, aku bukan kakanda yang kau mahu.


Oct 12, 2011

biasa


kali ini, aku saksi depan mata, suatu biasa antara ramai yang tak me-rasa.
susah. ya, susah, perasaan susah, kesusahan.
susah yang aku lihat-kan pada seorang anak lelaki, baya baya seperti adikku sendiri.
susah yang aku pandang-kan pada ketidakcukupan ongkos si anak itu, buat dia beli-kan minuman manis yang di-minta tekaknya.
susah yang aku rasa-kan, di hati aku yang sakit, melihat dia yang tulus sekali peri nya.

betapa dia akhirnya hanya cukup dengan air mineral, sedangkan yang dimintajerit selera nya itu; minuman manis yang mahal 40 sen dari yang ada di genggam nya.

40 sen!
sungguh 0.40 ringgitmalaysia – yang celaka.

aku lihat, dari tapak aku tegak berdiri, dengan hati aku sakit, tercakar, terpedih.

aku tahu rasa itu, susah, kesusahan.
aku faham rasa itu, aku hidup antara rasa itu.

apa rakyat didahulukan?
apa kesejahteraaan kebajikan rakyat segala semua?
kau semua sama
celaka.

yang sini susah, takada yang pandang, takada yang mahu tahu.
yang sini susah, cerita yang masuk berita cuma bila mahu pilihanraya.

sana minyak naik 20 sen, ah tak mengapa.
sana gula naik 30sen, oh tak apa apa.
sana barang naik lagi lagi lagi, ehhhh tak apaaaaaa.

kau tak rasa susahnya, kau tak telankan, jangan kau berani ‘ah tak apa’ dengan aku!
anak sekecil dia, mahu minum manis pun tak mampu!

bukan aku takpahamkan apa itu hidup, memang susah itu nama tengah dia.
tapi susah yang ini - susah artifisial sebab kesialan nya pemerintahan - yang aku saksi pada anak kecil yang patut me-rasa senang dengan hidup; melampau!

celaka itu semua!
celaka borak lapuk kau di-parlimen buat bahas hal jelata – konon!

celaka!

bukan, ini bukan sembang politik, ini bunyi susah, yang kau bagi sekali dengan onemalaysia kau.