Apr 11, 2011

.:poetic:.

ke kiri ku buntu
ke hutan ku hilang
ke timur ku kosong

aku terus bosan dan tertekan
seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku
dalam ke dasar kerak bumi yang belum diterokai

warnaku rindu
jiwaku biru
menunggu cintaku umpama si buta yang melihat syurga
umpama lampu yang berbunyi hitam
lalu menunggu aku terus

kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari
dibebankan dengan bunyi rintisan hujan
seperti mahu saja aku mengejar
gunung yang besarnya tidak terdakap
seperti itu jugalah rindu aku pada…

kini harus aku terus menunggu
atau hilang saja di lautan luas

James Morrison- You Make It Real

hari ni aku rasa kinda poetic, ala ala kalau cakap tu nak bahasa bunga-puisi je. sebenarnya aku ada banyak nak tulis, banyak sangat sampai aku taktahu mana satu aku nak tinta kan kat belog ni. aku takdapat nak decide, jadi aku rasa maybe lain kali je aku cerita. instead, aku taip puisi kat atas tu. haaa, cakap awal awal ni, bukan aku yang karang dia; puisi tu. Dia dari filem ‘selamat pagi cinta’, tak kiralah orang tahu ke tak filem ni. puisi ni part yang que haidar cakap kat sharifah amani, aku lupa nama watak dorang. tyme aku tengok scene puisi ni, aku rasa mereka sangat sweet, scene tu adalah sangat sangat sangat sweet. rasa sayang atau senang cakap, cinta, tu dapat di-captured dalam moment yang sangat sweet. aku dapat rasa, taktahu lah orang lain. dan bagi aku puisi ni sangat best. puisi kontemporari yang best. simple to read, yet mesej sampai, ada rasa dan emosi. aku suka. aku harap aku dapat coret puisi yang macam ni. aku ada jugak tulis puisi (kalau boleh-layak dipanggil puisi lah kan), tapi aku takada confidence lagi nak bagi orang baca, nak post kat belog ni. nantilah bila aku dah dewasa sikit, aku letak katsini, maybe, he. hmm, dah lah tu kott mengarut, aku kena study sebenarnya, minggu ni aku ada dua test, plus final dah nak dekat. aduhh, tapi aku ni memang manusia yang agak malas (agak?). teringat pulak adik aku used to call me ‘super pamalass in the world’ dengan ‘nobita’ (note the word ‘used to’; past tense :p). aaa, nanti kalau aku malas malas nak study, aku tulis lagi kayy. till then, may peace be upon you, dear readers! (kalau ada -___-).

*eh jap, ini something yang aku ter-karang while thinking of my daddy-kekasih hati sekejap tadi;

kerana hati berbunyi rindu, kerana aku ingin terbang ke sisimu; selalu.

~ayah, ika rindu! :’)

2 comments:

  1. tika....ko same seperti dulu,lihat orangnyr dari luar kelihatan biase sahaja,tapi dalamnye sangat hebay!!"awesome" :) jom lepak mkn biskut same2...:)

    ReplyDelete
  2. haha, yeke ain? aku tak rasa aku hebat, awesome semua tu lahhh, hu, jum jum, aku rindu gilaa nak makan beskot ngan kau! :')

    ReplyDelete