Jun 10, 2011

aku tepian jalan

somewhere only we know- keane

bila kau dibisukan, oleh orang lain punya jiwa.

ya, aku rasa iri hati, dengki.
aku cemburu.

sebab mereka punya masterpiece tak terjangkau dek pikiran aku. aku hanya penulis picisan, tepian jalan. coretan mereka ke langit seni nya. tinta yang aku punya ke laut sasteranya. takada nilai mungkin.

ah, aku cemburu. aku terlalu ingin menulis seperti mereka. menconteng bahasa indah yang tak hanya apa yang tersurat. perlu pikiran jauh dan dalam. punya maksud, makna yang tersembunyi.

ada jiwa, ada soul; tulisan mereka itu.

yang aku punya? entah. aku bukan lulusan mana mana sekolah sastera. mereka juga bukan, mungkin. tapi seni itu kan subjektif. seni itu di mana mana. seni itu manusia. seni itu dunia. seni itu hidup.

persetanlah. aku menulis sebab aku mahu, kan?

jadi aku terus akan tulis. walau tidak sehebat mereka itu. walau takada yang baca. walau takada apa apa.

noktah.

Dia bagi kau semua sejahtera, moga moga.

*oh ya, aku mahu pulang. selamat tinggal ya; buat seketika sahaja.

No comments:

Post a Comment