Jun 5, 2011

coretan

white love story- as one

aku mahu coret, conteng disini.
          
dalam hati ada macam macam rasa yang kadang aku tak faham. selalu aku tak dapat hadam. aku mahu curah semua, tapi aku taktahu pada siapa dan di mana, juga macam mana.

aku cuma boleh tintakan, disini.

kalau aku bukan belajar jurutera, aku mahu jadi penulis. bebas tintakan apa saja yang hati aku kata. suka hati coret apa saja yang tangan rasa nak conteng. tapi bisakah nanti jamin masa depan keluarga? tapi bisakah nanti bagi kereta besar pada ayah? tapi bisakah nanti buat emak bangga?

kali ini hati aku diam. suara dalam kepala kata; kau tahu sendiri kan jawab untuk tanya kau tu? jangan buat buat taktahu pulak katsini

heh.

aku memang percaya yang Dia bagi hanya yang terbaik dekat hamba hamba Dia semuanya. jadi aku percaya ini jalan terbaik untuk aku. aku taknak merungut. aku cuma nak terima dengan seluruh hati.

kan aku masih ada ruang untuk menulis? disini. walau aku tahu aku menulis merepek semata, heh.

aku juga mahu jadi manusia yang ada guna nya. nanti satu hari, aku akan jadi itu.

bersyukur saja dengan apa semuanya yang kau ada, sebab itu lah dia yang terbaik untuk kau. kau taktahu, Dia yang tahu semua (2:216). percaya saja pada Dia, jangan banyak soal lagi.

aku jenis manusia yang buat sesuatu bukan sebab aku memang pandai buat dia, tapi sebab aku nak buat dia; dan bila aku buat dia, aku ada rasa gembira dan ada sengih kat muka aku.

sebab itu aku menulis.

sounds cheesy kan? aku pun baru tahu rupanya yang aku ni cheesy orangnya.

excuse me, please :)

No comments:

Post a Comment